Kursus-Kursus
Yang Ditawarkan
Kursus
Juru Kecantikan dan Pengurusan Salon (IIB 101)
Kursus selama 5bulan
ini merangkumi semua aspek asas dan pertengahan kemahiran-kemahiran kecantikan.
Pasa peserta akan didedahkn kepada kemahiran penggayaan rambut, rawatan muka,
tangan kaki dan badan serta tatarias asas. Di samping itu, para peserta juga
akan dipersiapkn dengan kemahiran pengurusan salon.
Tempoh: 2 bulan (Isnin-Jumaat)
Solekan
Pengantin (IIB 102)
Kursus
selama 5 hari ini mendedahkan para peserta kepada solekan untuk para pengantin
mengikut busana pengantin yang digayakan oleh mempelai dan adat masyarakat
setempat. Para peserta akan mempelajari teknik-teknik solekan mengikut kesesuaian
bentuk muka dan warna kulit mempelai.
Tempoh : 5 hari (Isnin - Jumaat)
Kursus
Rawatan Muka (IIB 104)
Kursus
hujung minggu selama 2 hari ini mendedahkan para peserta kepada rawatan-rawatan
asas terhadap muka seperti teknik yang betul untuk mencuci, meletakkan masker
dan urutan bagi melicinkan pengaliran darah di muka. Kursus ini sesuai kepada
para pengusaha salon dan individu yang ingin memperbaiki teknik rawatan muka
mereka.
Tempoh :
2 hari
Kursus
Tatarias Asas (IIB 103)
Kursus
selama 5 hari ini mendedahkan para peserta kepada teknik-teknik solekan untuk
gayaan seharian, gaya di malam hari dan ke majlis-majlis rasmi seperti makan
malam dan majlis perkahwinan. Selain daripada itu, peserta juga didedahkan kepada
teknik solekan seperti campuran warna yang sesuai dan penyesuaian warna terhadap
warna kulit dan bentuk muka.
Tempoh :
5 hari (Isnin - Jumaat)
Hair
Styling dan Sanggul (IIB 105)
Kursus
selama 5 hari ini mendedahkan para peserta kepada teknik-teknik penggayaan rambut
seperti blous, penataan dan teknik pembikinan sanggul yang berkesesuaian dengan
pakaian dan kondisi.
Tempoh :
5 hari (Isnin - Jumaat)
Solekan
Peribadi (IIB 106)
Kursus
hujung minggu ini mendedahkan para peserta kepada teknik-teknik asas tata rias
bagi kegunaan peribadi. Aplikasi teknik ini kelak akan dugunakan dalam tata
rias seharian atau ke majlis- majlis rasmi.
Tempoh :
1 hari
Kecantikan
Tradisional (IIB 107)
Kursus
hujung minggu ini mendedahkan para peserta kepada rawatan-rawatan wajah, rambut
dan badan menggunakan bahan- bahan semulajadi seperti buah-buahan dan minyak
asli. Ketahuilah rahsia alam semulajadi untuk kecantikan wajah dan diri anda.
Tempoh :
2 hari
Aromatheraphy
(IIB 108)
Kursus
5 hari untuk peserta didedahkandengan
dunia hebat essential oils.
Tempoh
: 5 hari (Isnin - Jumaat)
Spa
Treatment (IIB 109)
Kursus
selama 5 hari ini mendedahkan para perserta menjalankan rawatan spa secara betul
dan efektif.
Tempoh :
5 hari (Isnin - Jumaat)
Aroma
Massage (IIB 110)
Kursus
selama 5 hari ini mendedahkan para peserta menjalani rawatan perurutan yang
betul dengan menggunakan minyak essential.
Tempoh :
5 hari (Isnin - Jumaat)