
Pengenalan
Indasari International Beaute Institute ditubuhkan pada Februari 2004 di bawah Jabatan kecantikan dan Hospitaliti, Geomatika College of Technology. Memandangkan permintaan yang tinggi daripada orang ramai terhadap bidang kecantikan, kami telah menstruktur kursus-kursus kecantikan bertaraf antarabangsa untuk ditawarkan kepada para pelajar yang berminat untuk menjadi juru kecantikan secara profesional.
Kini, kami menjadi perintis kepada Diploma Kecantikan pertama yang diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara yang julung-julung kalinya ditawarkan di Malaysia. Selain daripada itu, kami juga menawarkan kursus jangka pendek kepada juru-juru kecantikan dan peserta yang berminat untuk meningkatkan kemahiran kecantikan mereka.
